Blog Archive

Wednesday, 4 March 2015

Alhamdulillah for today !

Smile Twitter Header Twitter Headers - TWITTER HEADERS  Abstract | Funny | Music | Sport | Quotes & MORE

Assalamualaikum! yahhhh 

What's up everybody? 

Alhamdulillah, masih bernyawa. masih bernafas ( yahh slot keinsafan yehh)

Harini hari yang penuh suka-suki , best-xbest, malang-nasib baik etc. Well ujian hidup, ye?

Pagi tadi bangun, dah mula perut meragam. sakit yang teramat sampai nak bergerak payah, nak bercakap pon kira malas tahu tak. haih dugaan

Lepas dah lama duduk sekolah (tunggu langit terang sbb dtg sekolah awal sgt uhuk) baru la perut dah okay. ubat nya? minum alot of water ye anak2.

Well. Apa yang ada hari Rabu? semestinya Koku. Tapi pengisianya diisi dgn penyampaian hadiah & teguran drpd cg Norol


-Penyampaian Hadiah acara sukan

apa yang best mestilah dapat jerit and tepuk kuat-kuat. kadang2 sokong rumah sukan sendiri, kdg2 sokong kwn and kdg2 sokong sesapa yang xde penyokong tu. yela kan, yang x hot tu kesian kan. pehh jahat je ayat 

well..... i mestilah xdpt apa-apa pingat kan. Rumah sukan sendiri dah stok star . so i kira cheerleaders dah la. (cedihhh)


- Penyampaian Hadiah Kem Paradigma

Okay first sebelum penyampaian ada video time kem. HAHAHAHAH senang nk tahu tu i ke tak sbb kt kem i pakai tudung colour kelabu (i sorg je pakai kelabu sbb yg lain semua baik pakai hitam. lol pengawas kann uhuk). so time tgk vid mmg terserlah lahhh woopss. (bangga tu kena ada)

Antara kategori yang dipertandingkan (cewah)
  • Fasi Penyayang
  • Fasi Terbaik
  • Peserta Terbaik Lelaki & Perempuan
  • Peserta Squad Putera & Puteri Terbaik
Lahhh... takkan nak tulis kat sini plak sape yang dapat . lol act tak ingt nama tapi ingt muka. well me

Teka la i dpt anugerah apa.... BHAHAAHAHAHHA

PESERTA PUTERI TERBAIK WEYYHHHHH !! 

bangga ya allah plus tak sangka langsung. sbb kat kem i paling suka cari pasal and kira suka membantah and so on (waahh negatif je byk ni) apapun, alhamdulillah.

Pengalaman pahit, bila dah agak i tak dpt anugerah tu... i chill je. minum air (cool kan bdn) cewahhh. last2 nama yg disebut Asfa Dinah Azhar !

Fyi, pendengaran ni takde la clear mana act. tapi bila dh kwn sekeliling panggil kita mesti la terus set kita yg dpt kn. time tu terkejut and nak tersembur pun adaaaa.. Tersedak tu mesti la kan.

Hadiah dia just medal. Walaupun medal, still bukan senang nak dapat (kwn2 mesti kata sng je nk dpt kannnnn kuaja hang)

After tu semua wish congrats and so on. wahhh tak sangka ramai gak baik wish aku. aku ingt aku je knl dorg, dorg x knl aku. ehhhh tapi ni just simple anugerah kan. asal semua wish cam aku dapat straight A's ehem AMEEN


*last! benda paling memalukan bila x boleh beza ainun dgn maryam. Sukahati pggl dgn nama org lain. Ya Allah malu. dah la ckp dgn penuh confident nyaaaa. haaa kau rasa !!


Ok . Last sebelum tamatkan entry utk kali ni. Jangan bangga sangat. Bersyukur banyak sikit. Jangan cepat judge orang. paling last la, jangan sukahati tukar nama orang hahhaahaha

Sebelum terlupa. Wish me best of luck for my upcoming exams yaaaa

Bye Assalamualaikum







Sunday, 1 March 2015

New Year New Hope

Assalamualaikum !

dah lebih 2 bulan rasanya tak update blog ni. Hye! are you feeling well? cause i'm not uhuk *cough cough*

HAPPY NEW YEAR ! it's 2015. Time flies so fast, hi March ! May ALLAH ease everything

( dont know where to start the story ) Jeng, i will story what in my mind tho. sorry tak teratur sgt.

p/s : tajuk tak berkaitan ok

first day of school tak la gempak mana. i started first day of school dengan datang lambat. but still takde la sampai kena ambil nama or wtv. so i think this year i'm gonna come late to school frequently hahahhahahaha

yahhh .. i'm late because hazim (my lil bro) bersiap lambat gila mcm pondan. Nasib baik after a few days, dia jalan kaki pergi sekolah, yeay! Dia jalan dengan kawan, ok ! bukan I yg jahat hahaha

Apa yang i perasan la kan, sekolah ambil ramai pengawas baru tahun ni. wah ada kemajuan tu. Tahun ni pengawas sekolah gempak sikit maybe sbb dah dibasuh tu. overall pengawas ramai yang 'daebak' hahaha

Sekolah still okay. tak banyak sangat perubahan. Cuma, surau lelaki ada aircond. banyak plak tu! sumpah beku kalau stay 2 masa hahaha

Tahun ni biaselah kan, tahun pt3 katanya. debush hw byk gila. first day of school pon hw dh byk. ok redha tak redha la kan haha . tahun ni jugak banyak pakai duit. yela buku pbs lagi hekelehhh plus duit kokurikulum.

Sebelum terlupa ! I tukar semua penglibatan dlm koku like rumah sukan , unit beruniform, kelab, permainan. Well, rumah sukan dgn uniform act tak boleh tukar. tapi biaselah kan, ikut kawan (peh pendirian tak tetap sungguh) . ada tu tukar bersebab munasabah hahhahahaha sangat lol.

Puteri Islam , Bendahara , Kelab Usahawan , Catur & Permainan Dalaman ( jgn gelak please. kalau nak gelak jugak, gelak ikhlas eh)

Coming ni exam Ujian Bulanan. 9 march ! first exam's in less than 2 weeks and i dont even have right motivation to study at all. Nk tak nak, kena face it jugak. ok lagi sekali, redha

Malaysia sekarang ni tgh musim panas (setiap tahun panas tapi ni panas lain mcm). " strok haba " "panas melampau" yahhh jaga diri ok.

Overall probs. selera makan tinggi. Makan tak ikut time. kadang2 tak cukup mkn. yela, busy sgt smpai lupa nk mkn. Kdg2 tak cukup tido. Kdg2 terlebih tido. Tido tak ikut time.

Last. Just follow the flow. Study smart. Get enough sleep. Finish yr hw. Dont procrastinate. Nahhh, may Allah ease everything.

Wish me luck for my upcoming exam. Straight A's lah Amen

Later when i got my lappy then i will update my blog frequently. Have a nice day yahhh

bye, Asslamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayang heee !




Thursday, 11 December 2014

Kem Kecemerlangan Anak Soleh Dan Solehah



Jawab salam ye.. hehe

Cuti sekolah, mestilah ada pengisian sikit kan . Walaupun mungkin x banyak, tapi sikit pon kira banyak daripada takde .

" 29 November - 6 Disember 2014 "

Lama kan kem ni ? 8 hari 7 malam kot !

Apa yang best?

- Kem Iman D'Semungkis mmg tmpt yg best dan selesa. Ada sungai , kolam . Memang best la bagi lelaki . Perempuan suka, tapi suka kalau lelaki xde. Yela, depan lelaki kena jaga tingkah laku semua kan? well muslimah sejati hehe

- Perkhidmatan dobi ! Susah tau nak cari kem yang ada perkhidmatan ni. Cehhh... kalau x ada dobi kena la basuh sendiri. wuu

- Alhamdulillah, aktiviti semua best. Ceramah , aktiviti bersama Fasi , Kembara Alam , Explorace , Slot tentang palestine . Semua menarik la senang cerita

- Ada satu sesi ni, time untuk call parent. Memang banjir la kan , kem 8 hari .. siapa x rindu parent. First time la jumpa kem yang ada sesi call parent ni haha !

- Ramai pulak yang x sihat kat kem. Sakit perut, demam , muntah2 , gastrik. baik laki baik perempuan . Kira pengalaman la jaga orang sakit ni.

- Abang & akak fasi best2 ! dorg funny and sporting . rilek je makan sama-sama , borak-borak kat belakang time uncle bagi ceramah. hehehe

- Slot Usrah hanya wanita . Dapat try pakai niqab . bukan senang kan? InshaAllah, suatu hari nanti. (doakan ye)

- Tak lupa jugak , nasi lemak yang x berlauk . Nasi ayam x bersup . dan banyak lagi hahahaha

- Solat dhuha x miss ! Doa dhuha pon dapat hafal ( yeay! )

- Pertandingan Nasyid antara kumpulan. Alhamdulillah, kalah ! haha

Rakan-rakan seperjuangan semua best , funny , sporting and CARING .

Akhir entry kali ni dengan doa Rabitah (belajar dekat kem jugak)

Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan mu
bertemu dan patuh padaMu
bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya bagiMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman


Result Peperiksaan Akhir Tahun 2014

Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.........




Assalamualaikum , semua ! Moga dalam keadaan sihat hendak-Nya .

Sebelum ni ada umumkan result exam (tapi x full) .

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah .
Rezki Allah tu luas ya? Sedar tak sedar , perasan tak perasan rezki ada dimana-mana . Kita je bersyukur atau tidak. 

Alhamdulillah, result membanggakan diri sendiri, walaupun tidak cukup membanggakan ibu bapa. Impian ibu bapa semestinya ingin melihat result straight A's , kan?

Allah uji kali ni dengan result MATH yg terjun terjunam result nya. Mungkin pertama kali dapat result teruk untuk subject MATH. Math subjek yang x patut dapat gred C kan? Takpe, Alhamdulillah. Itu tanda kena usaha lagi. Apapun, ALHAMDULILLAH

Lepas C , cerita pasal B plak . ( Alhamdulillah takde D dan seterusnya )


Kemahiran Hidup-ERT , Sejarah & Science . Markah tidak memuaskan. 
(tak dapat paper, so tak tahu part mana yang slack)



My comments :-

Kemahiran Hidup : Soalan memang susah, format baru ada rasa terkejut sikit . 69%

Sejarah : Cari maklumat then buat essay.  Mungkin salah bab menghuraikan isi. (Yela, akibat mereka-reka sejarah sendiri hoho) 76%

Science : Careless , tak buat persediaan (tak baca buku) . Soalan senang je, kira malas nak memerah otak je kot hehe 75%

Okay tu je comments buat diri sendiri. Yang buruk jadikan iktibar , ok? INSHAALLAH !



Alhamdulillah, subject lain semua A . Tapi... ceh ada tapi huhu.. Tapi , markah cukup cukup makan je . semua 80+ . 90% xde pon . Usaha lagi lain kali.

Tutup la result yang cukup-cukup makan ni. Cukup lah bangga diri sendiri. hehehe


Bakar result ni, jadikan iktibar. Tahun depan ada peperiksaan yang besar lagi. Jadi, buat yang terbaik untuk tahun akan datang. Gambate Kudasai !

TAHNIAH BUAT DIRI SENDIRI . Terima kasih kepada ibu bapa , guru dan tidak lupa rakan-rakan yang banyak membantu berjuang dalam pentas ilmu.

Alhamdulillah , ya Allah . Segala puji hanya kepada-Mu .



Sunday, 23 November 2014

Final exam



Assalamualikum,

"final exam dah tamat, bole la MERDEKA " - the day after last paper

debushhhh final's exam result nk keluar dh. 28 Nov maybe?

sebelum cuti ada la cikgu2 yg dh kasi tahu result. semua nya hampeh! ada A , B hmm C pon ada bruuhh. sedih tapi x bole nak buat apa la sebab rezki ditangan tuhan, kan? REDHA je lah.

Result yg dah tahu :-

BM : A
Science : B
Maths : C

Tolong la nangis kan. Sbb result ni la yg menentukan result tahun depan! tak goyang ke? mestilah. seram ah. classmates semua result gempak hmmm

Hope semua stay kelas wawasan okay? jgn ada yg turun kelas.

YA ALLAH, KAU BERIKAN LAH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KEPADA ASFA DINAH. AMEEN !

maseh hehehe

Assalamualaikum


Holiday guys !



Assalamualaikum

hi, since it's holidays.. there are no fun activities (ughh)

so I ada la cari activity2 utk mengisi cuti yg hambar ni. ada la survey kem2 and study ( fyi, thn depan PT3 bruuhh )

haa, abt kem cuti sekolah ..

time cari kem ni kat internet , jumpa byk gila kem best best ! ada yg best sume jauh jauh ! kat johor , terengganu. kau rasa? frust tahu tak!

lastly, jumpa gak la kem yg lama 8 hari 7 malam ! ( saja cari kem yg lama2 hihi ) harga dia okay la RM600 seorg. Eh, lupa nk bgthu, kem ni kat selangor je. so x expect much


Dah ajak kawan2 semua, tapi harga tu la menjadi masalah sikit. well, x kisah pun sbb I bkn jenis yg x bole hidup sorg2. pandai2 la buat kawan baru,kn? ecehhh

Dh survey semua la, tentatif dia best woo !

Nervous jgk la kan. fuhhhh.. doakan la selamat semuanya. TAK SABAR NYA!! 

okay sampai sini je pasal kem. bye!

Thursday, 28 August 2014

Raya with classmates


Can I hug all of you cause i love all of you
                 annyeonghaseyo !

Photo

Dah lama sangat rasanya tak update blog. maklum lah, busy beraya kan . hehe

Tahun ni, second year dengan classmates yang sporting lagi baik rajin semua lah (ceh puji melebih)


Bila raya, mesti terfikir beraya and open house kan? yeah ! 


Tahun ni first time sebenarnya beraya dengan classmates . sebab tahun lepas tak rapat macam tahun ni . tahun ni lagi best sebab semua dah anggap family . gaduh manja , gurau kasar , marah acah acah, buli mengada and others tu normal okay. siapa selalu kena cubit tu , sorry ye ihiks




Actually takde pon aq dlm gmba tu . so takpayah cari lah haha . Gamba ni time beraya rumah Iman kat Dengkil . amboi jauh haa tak ingat . experience ah naik bas berjalan redah sana sini .


Photo


Photo

Second open house rumah syed . best la sebab first time makan nasi dagang , dap weyh ! aduh lapar lak rasa grr . pegy umh syed mmg best bila family dia cakap loghat ganu pekat x ingat haa . yang aq ni acah acah paham la .. haha malu je .


Third ! beraya rumah kucing . Rumah penjagaan kucing ke apa ntah , Dekat sangat dengan umh syed ni , so alang alang tu singgah la hahaha . selfie ngn kucing la ish ish



okay sampai sini je . bye !



Sunday, 25 May 2014

Nak Pindah....


feel so many emotions all at once

First of all .. pindah yang dimaksudkan bukan pindah rumah or wtv . Pindah SEKOLAH !

Ye, sekolah . Bila kata nak pindah sekolah.. mesti orang kata aq ada masalah dengan sekolah tu . Okay, seriusly .. masalah tak tenang . tak tenang dengan persekitaran dan lain-lain .

Aku nak LARI dari semua ni . Lari mencari ketenangan hmm .. Rasa sedih plak bila pikir pasal SEKOLAH sekarang . Rasa tak enjoy mungkin . Rasa malas belajar pon ada .

Nak sekolah yang boleh bentuk aku . Haa! Sekolah agama? kalau ada sekolah yang bole masuk .. aq masuk je sekolah agama . Nak berdikari. (asrama! asrama! haha ) Nak murid dekat sekolah baru tu tak kenal aq yang sebelum ni, dan boleh terima aku . So bila berubah takde la orang nak perli or wtv .


Wednesday, 7 May 2014

Hey anjing !



Assalamualaikum
Tak jwb dosa , kalau jwb syg . Hee

Hye . Tajuk pon dh mcm apa dh kn . Haha .

Anjing ni sejenis haiwan kalau nk tahu . Hahahaha.. tu pon kalau nk tahu .

First story. Nightmare

Cerita dia senanya pd suatu hari , beta telah bermimpi . Didalam mimpi beta , terdapat seekor anjing . Anjing itu mengejar beta sehingga ke rumah . Setibanya di rumah .. beta segera memanjat pagar di depan rumah ( sejak bila tah rumah aq ada pagar ) nk dijadikan cerita, ada la seorg lelaki gentleman dtg . Yeay ! dia halau anjing tu . Hihiks . Mmg bangga tahap dewa . Uhukk

Next story, on my way to school

Time kejadian ni.. my driver x hnta dpn skola . So, kne la jalan ke pagar skola . Yg bestnya.. jalan bersama anjing anjing . Haa choyy ! Ada lima ekor kot . Best nya la kan . Haha . Tiga ekor pertama tu ok . Pastu ada 2 ekor gaduh plak kt blkg . Emm.. kalau dh gado.. mmg risiko kne serang tu mmg best la kn . Err .. then, bersegeralah aku jalan ke pagar skola . Bila dh jejak masuk skola . Rasa safe gila . Haha

Last story , at wedding ceremony

Haritu pegy wedding . Patu tertinggal barang . Haaa.. yg best nya xde sape nk teman pegy amik taw . So kne la amik jgk .
Tgh syok syok jalan .. ada bunyi anjing . Betapa terkejutnya . Dh la pagar rendah !! haisyy..

Ok itu sahaja cerita pasal anjing . Anjing btol . Err

Bye , assalamualaikum yee !

jauhi lah anjing jalanan .

Sunday, 4 May 2014