Jawab salam ye.. hehe
Cuti sekolah, mestilah ada pengisian sikit kan . Walaupun mungkin x banyak, tapi sikit pon kira banyak daripada takde .
" 29 November - 6 Disember 2014 "
Lama kan kem ni ? 8 hari 7 malam kot !
Apa yang best?
- Kem Iman D'Semungkis mmg tmpt yg best dan selesa. Ada sungai , kolam . Memang best la bagi lelaki . Perempuan suka, tapi suka kalau lelaki xde. Yela, depan lelaki kena jaga tingkah laku semua kan? well muslimah sejati hehe
- Perkhidmatan dobi ! Susah tau nak cari kem yang ada perkhidmatan ni. Cehhh... kalau x ada dobi kena la basuh sendiri. wuu
- Alhamdulillah, aktiviti semua best. Ceramah , aktiviti bersama Fasi , Kembara Alam , Explorace , Slot tentang palestine . Semua menarik la senang cerita
- Ada satu sesi ni, time untuk call parent. Memang banjir la kan , kem 8 hari .. siapa x rindu parent. First time la jumpa kem yang ada sesi call parent ni haha !
- Ramai pulak yang x sihat kat kem. Sakit perut, demam , muntah2 , gastrik. baik laki baik perempuan . Kira pengalaman la jaga orang sakit ni.
- Abang & akak fasi best2 ! dorg funny and sporting . rilek je makan sama-sama , borak-borak kat belakang time uncle bagi ceramah. hehehe
- Slot Usrah hanya wanita . Dapat try pakai niqab . bukan senang kan? InshaAllah, suatu hari nanti. (doakan ye)
- Tak lupa jugak , nasi lemak yang x berlauk . Nasi ayam x bersup . dan banyak lagi hahahaha
- Solat dhuha x miss ! Doa dhuha pon dapat hafal ( yeay! )
- Pertandingan Nasyid antara kumpulan. Alhamdulillah, kalah ! haha
Rakan-rakan seperjuangan semua best , funny , sporting and CARING .
Akhir entry kali ni dengan doa Rabitah (belajar dekat kem jugak)
Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan mu
bertemu dan patuh padaMu
bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya bagiMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman